Monday, December 26, 2011

JANGAN MEMBAZIR!!

Kebelakangan ni aku selalu peratikan sikap orang-orang Melayu kita yang suka membazir! Mungkin dah banyak sangat duit dema kot. Bila kat kedai makan, order banyak-banyak. Satu meja penuh dengan makanan. Makan sikit, cuit tu sikit, cuit ni sikit....lepas tu tak makan. Dah MEMBAZIR!!!.. Apalagi yang makan secara buffet. Semua dikaut dalam pinggan macam 10 hari tak makan. Lepas tu tak habis makan sebab dah kenyang...Masa kecik-kecik dulu mak aku selalu cakap...menangis makanan tu sebab kita tak makan..Hah! betul ke makanan boleh menangis?
Aku tengok tua muda ramai sangat yang 'obess' kat Malaysia ni ..

Kalau pergi shopping pulak macam-macam beli. Beli tudung 2,4 pasang ...lepas tu simpan dalam almari. Beli kasut sampai 4,5 pasang, kejung kat tempat kasut. Beli makanan berlambak-lambak, sumbat dalam peti sejuk sampai terlupa ... Lepas tu buang sebab dah 'expired' pulak. Beli baju..simpan dalam almari..aleh..aleh try dah tak muat simpan lagi..beli baju lain pulak...beli almari lagi..Beli beg, beli perfume, beli make-up...beli handphone, tukar handphone, beli kereta, tukar kereta.....segala benda nak dibeli.

Eemmm...tak naklah aku cakap lebih-lebih kat sini. Nanti orang cakap aku ni sibuk kenapa? Bukan duit aku, duit diaorang. Ialah aku cuma nak cakap kalau dah banyak sangat duit tu..........sedekah sedekah lah kat aku pulak boleh aku hantar ke Somalia sikit. Kesian dema tu aku tengok..

Thursday, December 15, 2011

BELAAN - Part 2

Bukan hendak membuka pekung di dada, tapi sudah aku katakan berkali-kali kepada suamiku janganlah melakukan perbuatan tersebut tetapi tidak diendahkannya. Dia tetap juga berkeras dengan keputusannya, menyimpan dan membela BENDA tu....di satu ruangan khas dan gelap di rumah kami...
Kata suamiku, dia mempunyai alasan tersendiri untuk membela dan menyimpannya. Lagipun katanya, belaannya itu bukannya mengganggu keluarga malah ada kebaikkannya. 

Pada waktu-waktu tertentu BELAANnya itu diberi makan darah. Ya, DARAH!!!  Sehingga anak lelaki aku turut bersekongkol dengan abahnya membiarkan belaannya itu menghisap darahnya.

Tapi aahhh......aku tidak sanggup...mati hidup balikpun aku tidak sanggup, bukan saja memegangnya malah melihatnya juga aku tidak sanggup, sampaikan tidurku terganggu dengan mimpi-mimpi ngeri tentang BELAANnya itu. Suamiku tetap buat derrkk..katanya mimpi tu cuma mainan tidur.
Sehingga ke hari ini dan saat ini, suamiku masih membela BELAANnya itu.  Tak ada sesiapa yang mampu memujuknya untuk membuang atau menghalaunya...

Secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suamiku aku ada mengambil foto BELAAN suamiku itu...itupun dengan pertolongan  pak cikku seorang Ustadz. Kalaulah suamiku tahu...habis aku...!
Aku tidak melarang kalau saudara saudari mahu melihatnya, cuma aku beri AMARAN kalau ada hal-hal yang tidak diingini berlaku, jangan salahkan aku. RISIKO TANGGUNG SENDIRI!

ADA BERANI?  KLIK DI SINI!!

Saturday, December 10, 2011

BELAAN - Part I

Masa aku kecik-kecik dulu selalu jugak aku dengar cerita-cerita hantu dari mulut orang tua-tua. Hantu pocong, dah mati tapi balik rumah mintak nasi, puntianakla, penanggalla, langsuirla, toyolla, hantu kopekla ( aku rasa hantu ni mesti orang lelaki suka...ya tak?) Belum lagi dengan harimau jadianla, babi jadianla, orang minyakla....sambil menggobek sirih onyang aku akan bercerita, kadang-kadang tu aku tak faham pun apa yang dia cakap. almaklumlah gigi dah tak ada...tempias je yang lebih...he..he..he...Nak tanya lebih-lebih tak boleh sebab  budak-budak tak baik menyampuk masa orang tua tengah bercakap!

Lepas tu nak pegi toilet pun nak berteman, ialah toilet rumah kampung selalunyakan  kat luar. Selalunya aku yang jadi mangsa Mak Su aku. Masa tu jangan cakapla..berpeluh-peluh aku menunggu dia memerut. Yang peliknya masa siang-siang tak nak pulak memerut. Melilauuu... mata aku...aku yang jadi mangsa dia, sebab adik-adik aku kecik lagi. Masa tupun Mak Su aku kecik lagi...tapi sekarang dah BBESAAARR.....

Banyak betul hantu kat Malaysia ni...bermacam-macam jenis dan kategori. Kalau nak dibandingkan dengan hantu orang putih...APA KELASSS! Tak seram langsung....

Aku ada kisah yang benar-benar terjadi pada aku....kisah BELAAN! Tapi nantilah aku akan ceritakan esok-esok pulak.Kalau cerita sekarang tak suspen pulak. Lagipun aku kena mintak kebenaran orang yang membela tu....kalau  nanti dia lepaskan belaan dia tu kat aku.......tak NAIYA AKU!!!!

Tuesday, December 6, 2011

RESPECT

Since I was small, I have been taught by my mother to respect people, the elders, our family, our teachers and especially other people's feelings and rights too. Don't simply say something that could hurt other people's feeling even if we are angry with them.
( Please watch your mouth a'ah...especially to the 'mulut laser'...ouch...)

I can still remember when my relatives came for a visit to our house, my mother will make sure that all her children are well behaved ( but that did not apply to my fourth brother...he..he..he..). No walking back and forth, no gugu gaga, no running in front of the elders, do not interrupt when the elders are in conversation, answering questions only when you are asked, you have to bend your back slightly when you're walking in front of the elders and we cannot join the elders when they're talking. If we disobeyed one of the rules, we will be punished once the relatives went home. The most unbearable things are my mother will be nagging and grumbling throughout the day....and if we are lucky the next day too....he...he...he...

When we are older, we come to value respect for people we consider are truly worthy for our respect. I think respect is very importance in everyday life. I come to believe that jobs and relationships become unbearable if we receive no respect in them. We may learn that our lives will be better under the term of mutual respect. We may also learn that our life depends as much as whether we respect ourselves. It is something we cannot take for granted when our self respect is threatened or thrown into the waste paper basket. Is it so difficult to respect someone's feeling?. Do you agree with the idea that all person should be treated with respect equally,   no matter who they are?

Familiar with 'persona non grata'?


In this modern world many people have disregard that respect should also be extended to things other than human being, the animals and our natural environment.



Monday, December 5, 2011

Kursus

Kursus, seminar, training or what ever you call it.....sama je....

Ada rasa interesting sebab belajar benda baru, kekadang rasa tension sebab kena bagi idea..........yang bernasla...yang hampeh nak buat apa! Kekadang rasa boring bila penceramah tu asyik ulang-ulang benda yang sama. Terkadang-kadang tergagap juga bila kena buat 'presentation'. Tapi part yang aku suka sekali atau yang bestnya bila break je ada makan minum lepas tu letak je tak payah sibuk-sibuk nak cuci. Lepas makan emmm...mengantuk pulak ( kan kena bangun sebelum subuh takut jem...), dahla duduk depan sekali. Ish..ish...ish... Nasib baik tak ada cameraman! Bila disoal, buat-buatlah sibuk tengah menulis nota.......Nota ke?  ...he..he..he.. Yang solo  pulak ambil peluang cuci mata...ehemm..ehemm...

Tapi selalunya yang macam aku ni...selalunya ingat nak cepat habis je dapat sijil.....aku nak balik masak ni....... al maklumlah...isteri dan ibu mithali yang berkerjaya....he..he..he...

Sunday, November 27, 2011

No Point of Saying..

When things had become sour or it didn't turn out as what you wish for...I think it is no point of saying anything.
No matter how much you want things to become better or you thought it will be better if you were in charge. We have no power to predict the future.As a Muslim we have to believe Allah Almighty created all things including Fate. We can only pray for the best because only Allah knows what is the best for us. Salam Maal Hijrah.

Maal Hijrah 1433H


Salam Maal Hijrah untuk semua teman-teman bloggers.
Semoga segala amal bakti kita di tahun lepas diperkenankan Allah dan diampunkan dosa-dosa kita. Amin.

Thursday, November 24, 2011

EMOSI

Aku fed-up betul dengan orang yang cepat EMOSI.


Mengikut definisi Wikipedia - Emosi adalah satu pengalaman yang kompleks di mana keadaan  fikiran  individu berinteraksi dengan pengaruh biokimia (dalaman) dan persekitaran (luaran). Emosi asasnya melibatkan rangsangan fisiologi , tingkah laku ekspresif dan pengalaman sedar. Emosi dikaitkan dengan perasaan, perangai,  personaliti, pelupusan sikap dan motivasi.

Mengikut sains pulak, Emosi adalah pemikiran yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti tertentu otak yang mengarahkan perhatian kita, dan menentukan kepentingan apa yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Patutlah....Sikit-sikit nak emo, sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak marah, sikit-sikit nak merengus, sikit-sikit nak merempan, sikit-sikit nak meradang ( samala...tukan..) sikit-sikit nak sedih, sikit-sikit nak mengelat...pemalasla tu... sikit-sikit nak menangis, sikit-sikit nak menjerit (lepas tu...Histeria), sikit-sikit nak lari, sikit-sikit nak boring, sikit-sikit nak fed-up (aku ke tu...), sikit-sikit nak risau, sikit-sikit nak bengang...ke bangang..., sikit-sikit nak jeolousss, sikit-sikit nak riak, sikit-sikit-sikit nak berlagak, sikit-sikit nak tanya, sikit-sikit nak 'ada aku kisah', sikit-sikit nak merajuk ( ada aku kisah...he..he..he...), sikit-sikit nak baling h/p ( nasib baik h/p kau...kalau h/p aku...aku pulak yang emo!...) sikit-sikit nak diet, sikit-sikit nak MC, sikit-sikit nak ambil kesempatan, sikit-sikit nak kecewa, sikit-sikit nak jatuh cinta, sikit-sikit nak mengada-ngada...pegi dah.., sikit-sikit nak control macho, sikit-sikit nak control cun, sikit-sikit nak lawan ( lawan main congkak pulak tu...apala...), sikit-sikit nak ambik gambar masuk dalam FACEBOOK, sikit-sikit nak banyak-banyak....he..he..he...

sikit-sikit nak DUIT, sikit-sikit nak suruh belanja...( ada kaitan ke dengan tajuk ni?)

p/s sikit-sikit Khairul Fahmi Che Mat...he..he...he...

Monday, November 21, 2011

Malaysia Menang Lagi!!!

YEayyyy...Malaysia menang lagi. Tahniah...tahniah skuad Malaysia.

Huh...! TENSIONNNNN.....Aaahhhh....LEGA!

Friday, November 18, 2011

Tahniah! Harimau Malaya

Yeeyey...Malaysia menang!!!!! Hem.....nasib baik hari ni cuti. Boleh tengok bola. Kalau tak bola tengok kita. Cutipun sibuk jugak......

Monday, November 14, 2011

Burger

Entahla...hari ni balik kerja, tiba-tiba mengidam nak makan BURGER, macam orang mengandung pulak! Ialah takkan orang mengandung je yang boleh mengidam. Kita jerit kat brother burger tu dari dalam kereta....daging!....tapi brother burger tu jawab....kuali basah!. Pusing-pusing tapi malangnya hari ni semua kedai burger tutup sebab hari hujan. ( kalau tak nak hari-hari ada) Hu..hu...kempunan kita nak makan burger.

Esok...? Ala...esok kita nak mengidam makanan lainla pulak....Burger? Tak nak....dah merajuk...

Sunday, November 13, 2011

Good Words & Bad Words

Semalam ramai yang mengucapkan tahniah  kerana memberikan ucapan yang bagus dalam majlis pembukaan cawangan baru syarikat di Marriot Putrajaya. Terima kasih. Kita cuba buat yang terbaik. Hari ni tiba-tiba pulak dapat panggilan telefon mengatakan aku membawa mulut tentang sesuatu hal. Kes apa pulak ni?
MORAL OF THE STORY
Mulut manusia senang mengucapkan kata-kata yang bagus dan juga kata-kata yang tak bagus. Kata-kata yang tak bagus tu selalunya disampaikan oleh posmen-posmen yang tak bertauliah.(sorry abang posmen).Kata-kata yang ditokok tambah perasa sesedap rasa. Apapun esok aku akan bersemuka dengan posmen tak bertauliah tu...malam ni aku akan siapkan stem untuk ditampal di mulut posmen tu...

Saturday, November 12, 2011

Down Memory Lane

'Good morning Uncle Din, give me 10 cents to buy roti......'. I remembered, that was the first English word I learned from my aunty Nik when  I was small. That was in 1970's. Today, no roti selling at ten cents or bus ticket at fifteen cents. Today, children never ask for a ten cents but ten ringgit.

I still remember the time when we played king spiders fighting where we kept the spiders in match boxes. Today children played king fighting in play station. Time had changed, and so are we.We could never buy our time back no matter how much we can offer. Therefore...we must cherish all the moments that we have with our parents, families and friends. I agrees with this quote;

“Time is a companion who reminds us to cherish every moment because it will never come again .”

Sunday, October 23, 2011

New Edition

Tajuk ni tak ada kena mengenapun dengan apa yang apa yang nak dicakapkan, Saja buat gempak!!!
Cuma nak merakamkan perasaan bila harus bermula kembali dari asal. Ya...perasaan yang dirasakan bila lepas grad dulu dan dapat kerja baru....Itulah yang kita buat sekarang...bermula dari asal.... ' the new edition of me!!!' Bezanya dulu muda trang tang tang....sekarang tua trang tung tang...
Banyak juga kena belajar balik dan buat silap. Tapi seronok juga buat silap....sebab kalau tak buat silap kita tak belajar...dan bila buat silap kita akan ingat sampai bila-bila...tapi bodohla namanya kalau lepas buat silap lepas tu buat silap lagi....he..he..he..

Saturday, October 8, 2011

YOU ARE SO SICKENING!!!!!

During my primary school time, I had this friend who simply say or bluttered that phrase when she's angry with someone. Being so naive I told her not to say it. " The word's too strong and it hurt too much,'' I told her. 'Whatever," she replied. It's a typical response that is also sickening I hear in many different situations. " Do you have to say that word?" I ask...( You're so sickening or Whatever???)

As I grow up, I noticed that most of the people around us are sickening. I don't know whether we have to be sorry for them or to ourselves. To be living around them, I guess we have to accept it as their weaknesses.

Recently, I always  use that phrase...:YOU ARE SO SICKENING! to my kids when they simply say something that are ridiculous or unpleasant. I know it is not a constructive words that I normally wouldn't say and it go against my conscience as a mother.

 I'm supposed to be in control in my action and mind, just like Datuk Fadillah Kamsah always  say, '' Tenangkan hati dan bersihkan minda..." ( Calm your mind and cleanse your heart....) or I myself will be one of the sickening one!

Thursday, September 29, 2011

HUSBAND & WIFE JOKES

"Honey," said this husband to his wife, "I invited a friend home for supper."

"What? Are you crazy? The house is a mess, I haven't been shopping, all the dishes are dirty, and I don't feel like cooking a fancy meal!" "I know all that." "Then why did you invite a friend for supper?" "Because the poor fool's thinking about getting married."

A woman's husband had been slipping in and out of a coma for several months, yet she had stayed by his bedside every single day. One day, he motioned for her to come nearer. As she sat by him, he whispered, eyes full of tears,
 "You know what? You have been with me all through the bad times. When I got fired, you were there to support me. When my business failed, you were there. When I got shot, you were by my side. When we lost the house, you stayed right here. When my health started failing, you were still by my side. You know what?" "What dear?" she asked gently, smiling as her heart began to fill with warmth. ”I think you're bad luck."


To be happy with a man, you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman, you must love her a lot and not try to understand her at all.

Sunday, September 25, 2011

Warning-Untuk Gadis-Gadis

Dalam meniti usia remaja banyak cubaan dan liku-liku hidup yang akan dilalui. Ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat, ada yang payau dan ada yang pahit. Sebagai ibu, kakak juga kawan harap sudilah baca post ini. Zaman ni orang lelaki ramai yang suka mengambil kesempatan dan tak boleh diharap langsung. Sorry to saylah bro.....

Petua yang harus diamalkan oleh anak-anak gadis

1. Jual Mahal (atau jangan jual langsung.....he..he..he...)
 Jangan jual murah apalagi bundle atau free sale atau jadi barang sample. Siapa yang rugi? Orang perempuan jugak. Nanti sibuk pulak nak mengadu kat ruangan kaunseling kat surat khabar. Banyak kita baca kes-kes cinta separuh mati sampai sanggup serahkan jiwa dan raga lepas tu takut nak kahwin, termengandung lepas tu buang baby, bercinta dengan suami orang, kahwin dengan suami orang, ( husband kita cakap perempuan ni buruk perangai.....kalau orang ambik suami dia, dia marah kalau dia ambik suami orang tak apa pulak...) lepas tu ada problem dengan madu pulak.....bukan ke penyakit tu awak yang cari. Hari-hari dah banyak sangat contoh di depan mata atau dalam suratkhabar yang boleh dijadikan ikhtibar (... tak baca suratkhabar kot..sebab baca majalah hiburan aje..)  Macam pepatah orang putih..'look before you jump'..ini tidak dah tau ada longkang besar kat depan matapun nak terjun jugak.

2. Janganlah buat perangai tergedik-gedik.
    Selalunya orang lelaki suka melayan perempuan yang macam ni walaupun sebenarnya diaorang menyampah...ialah bila lagi nak ambik kesempatankan....( sebenarnya perempuanpun tak suka tengok perempuan yang perangai tergedik-gedik ni..)

3. Janganlah mudah cair dengan Ayat-ayat Cinta. Mudah sangat perasan lelaki tu suka kat awak. Diaorang bohong je tu..ialah lidahkan tak ada tulang.Kalau lelaki berhidung belang ni bercakap, gunung pun boleh jadi rata dek kagum dengan ayat-ayat power diorang tu....

4. Yang bertudung untuk menutup aurat. Yang penting sekali maruah kita kena tutup jugak. Jangan buat maksiat dengan buaya friend. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tutup aurat mengikut syariat Islam bukan sekadar berfesyen sahaja. Fesyen sekarang banyak yang tidak mengikut syariat Islam, sendat, ketat, jarang, pendek. Ishhh..ish..pakai tudung tapi sexy dan seksa...

5. Jadi yang terbaikkkk jiwa dan raga. Jaga bahasa dan kelakuan jangan daring sangat. Buruk perangai kalau anak-anak gadis suka mencarut

6. Jangan hipokrit


p/s Kalau ada sister-sister yang nak menambah dan beri komen. Sumbangan kalian amat dialu-alukan. sebagai peringatan kita orang-orang perempuan.

Wednesday, September 21, 2011

Hari Malas Sedunia!

Den sorang je yang mengistyharkan hari ni Hari Malas Sedunia. Bukan istimewapun hari ni. Memang tidak istimewa langsung. Sebabnya hari ni den masak nasi goreng je untuk dinner family den ( sambal belacan mesti ada..itukan simbol jati diri orang Melayu....He..he..he..)
Kalau husband den tanya masak nasi goreng je..? Den cakapla..hari nikan Hari Malas Sedunia....
Tapi den tak bolehla cakap kuat-kuat kat depan anak-anak den..takut nanti diorang tiru idea den tu...

Untuk peringatan kawan-kawan di luar sana, Hari Malas Sedunia nipun boleh diistyharkan sehari je..hari-hari tak boleh ya...takut nanti akan adanya rusuhan. Bukannya rusuhan kaum, tapi rusuhan suami dan isteri je. Yela...takkan nak makan nasi goreng hari-harikan...sendiri  mau  ingatla...

Friday, September 16, 2011

Happy Malaysia Day!

We are reminded of how fortunate we are to be living in Malaysia and how foreigners love Malaysia. How lucky we are to be Malaysian, to be able to live in this promising land. Thanks to the outstanding economic management by the government. Although few leaders are still living in denial and claiming that the Minister had mislead Malaysia. The tendency to create and raise sensitive and racial issues by certain politician and NGOs will jeopardize harmony and the nation image. They are the ungrateful citizens of Malaysia. Do they benefit from the turmoil that they really wanted? What a shame! What will they think of next?
Please Respect the Solidarity and Sovereignty of my Malaysia!

Malaysian should appreciate peace and the development we enjoyed. But when Malaysian have lost faith in Malaysia to find a greener path, united Malaysian or 'One Malaysia' seems ineffective and stale. Let us persue mutual understanding as a united citizen of Malaysia. We should recall the struggle of our forefathers for Independence to the prosperity and peace of modern Malaysia.

Let us pray and also work hard for Malaysia towards stronger and more peaceful tomorrow.

I love Malaysia!


p/s still hoping Malaysia remains as Malaya

Saturday, September 10, 2011

I HATE SMOKERS!!!!


I've been having cough and sore throat for the past 2 months. I've tried going to the clinic.........PAY a visit to the doctor,... taking antibiotics, lozenges, pastilles, cough syrups..( you named it..ubat batuk cap ibu dan anak, nim jiom pa koh...etc. and traditional remedies too. All of them are ineffective. My ribs felt so pain due to the coughing. My sore throat becoming worse since I did lots of shouting to the kids in the kindergarten ( when they didn't listen to me of course). Till now, my voice had turned very husky that my sister said I sounded like ' jantan operate'.....whatever....

My husband did concerned about my coughing and sore throat and bought all the cough syrups and lozenges for me. ..or because he felt disturbed while sleeping when I coughed at night.
I keep on wandering what is the cause of my coughing?
Then I noticed that my husband have been smoking in the house .... ( he promised not to smoke inside the house...) since men do not like woman to nag, so i keep on giving him hints like coughing in front of him, fanning my hands or newspaper when he starts smoking while watching tv, computer or driving but he just ignored it. If he starts smoking in the living room when talking to me, I'll left him talking to himself. I am not trying to be rude...but I could not stand the cigarettes smoke anymore...and it really annoys me....

One not fine day, I told him that his bad habbit of smoking is the cause of my coughing and sore throat. He did not accept my accusation and told me that I'm too direct. Yes, direct to the point... or in other word too expressive .

Since he did not accept my accusation, I'm thinking of writting a petition to support myself.

So...I need someone to back me up please....

p/s I came accross with ahmadyusrie.wordpress.com blog titled 'I hate ciggars' and I think he can be on my side..

Sunday, September 4, 2011

Raya Boring???

Raya-raya ni tak pegi mana-mana, kita layan tv je kat rumah. Yang boring nya tak ada cerita yang best-best. Asyik-asyik cerita momok, cerita-cerita lawak plastik dan slapstick Professor Razak ala-ala cerita Jutawan Fakir dan Madu4 tu....kalau geng Senario pulak..kalau bercakap tak menjerit tak sah......tapi......dah tak ada cerita layan jugakla...
Adik aku cukup berbulu bila anak-anak dia layan cerita hantu atau cerita momok ni.....sebab apa??? Ialah sampaikan nak ke toilet yang letaknya sekangkang kera dari tv pun nak berteman. Itu belum suruh tutup lampu kat bilik atas....maunya keras tak bergerak..

Tayangla... cerita-cerita yang boleh membina minda dan semangat! Terutamanya minda dan semangat anak-anak Melayu. Kitakan ada banyak contoh biodata-biodata mereka-mereka yang berjaya dalam hidup. Usahawan, jutawan, negarawan, sukarelawan, ahli sukan dan lain-lain hero dan heroin dalam Malaysia ni yang tidak didendangkan ( ' The unsung heroes in Malaysia......)

Ini tak asyik-asyik cerita rempit-merempit dan cerita pasal gangster. Agaknya sebab tula..anak-anak muda sekarang ni suka memberontak. Salah sikit nak mengamuk, silap sikit nak lari dari rumah, tension je nak hisap dadah.....ada problem je...nak telan pil...pil untuk kuda pulak tu...ha..ha..ha...Tapi kalau tak tengok, tak dapat pulak nak menyumbang pada industri perfileman Melayu...macammana tu....????
Tapi aku respect juga pada Afdlin Shauki...tak ada cerita baru ke?
( Sorry! Shamsul 'The Burnsoul'......kita tabiiikkk....kat awak juga sebab...usaha dan karya awak boleh jadi contoh untuk anak-anak muda Melayu yang lain...)


Tapi seingat aku dulu lagi teruk.....bila raya je...cerita sarkis...bila raya je...cerita sarkis....laggggiiiii haruuu....


p/s hari-hari tengok binatang dalam National Geographic pun tak apa...
sebab tak ada manusia dalam dunia binatang tetapi
ada ramai binatang dalam dunia manusia...!!!!



Saturday, September 3, 2011

Kerja Gila!

Satu hari sebelum Raya....dari pukul 9 pagi membawa ke pukul 3 pagi, aku menjahit 41/2 pasang baju kurung moden untuk anak-anak saudaraku seramai 4 orang...ialah 4 orang 4 pasangla...Baju adikku siap bajunya aje..kainnya tak sempat sebab tukang jahit dah mengantuk...takut menjahit masa mengantuk accident pulak! ( Nasib baik laki aku tak bising......)

Satu hari sebelum tu...adikku shopping di pekan Rawang untuk membeli baju raya anak-anak dia. Akupun ikut jugak...memang dia nak belikan baju kurung pasang siap aje....untuk anak-anak dia...pilih punya pilih...ade aje yang tak sesuai.....jadi akupun mencadangkan beli aje kain biar aku tolong jahitkan. Beli kain jauh tu...kat Nagoya........Disebabkan haripun dah nak Maghrib dan nak berbuka, kitaorangpun balikla...

Sebelum tu, ( banyak betul aku punya sebelum de......) semasa ke Rawang, aku , dua anakku dan seorang anak adik No 3, dihantar oleh suamiku...adik ke3 aku bersama seorang lagi anakku dan 3 orang lagi anaknya naik Viva dipandu adik bongsuku..
Cadangan proposalnya bila balik nanti aku, adik ke3 aku dan 2 lagi anakku naik bas aje...yang kecik-kecik tu..biarla naik kereta aje...tetapi memandangkan anak2 saudaraku dah keletihan shopping....diaorang pun mulalah buat perangai....semua merengek-rengek nak ikut emaknya naik bas...

Apalagi, adik bongsuku dah bengang dan naik angin satu badan......semua disuruhnya semua naik kereta. Hah! percaya tak bila aku kira-kira semuanya sebelas orang dalam satu kereta Viva. Tujuh yang besar dan 4 yang kecik. ( Nasib baik adik bongsu ake belum kahwin, kalau tak kat mana pulak nak letak anak dia. Takkan dalam bonet sebab dah penuh dengan barang.

Macam iklan Milo 3 in 1..takpun macam sardin cap ayam tin kecik...sardin tin besar bas No. 43 ke Bandar Country Home...he...he..he
Eish..eish..eish kalau JPJ nampak tentu kena saman punya!


Macam nilah rupanya sardin dalam Viva...

Thursday, September 1, 2011

EID MUBARAK

Selamat Hariraya Aidilfitri untuk semua sanak saudara dan teman-teman bloggers di Malaysia.

Sunday, August 14, 2011

Choreographer

Aku yang kayu ni macam tak percaya menjadi 'choreographer' untuk anak-anak muridku.....dan sehingga hari ini dengan bangganya aku telah menjadi choreographer untuk dua konsert di tadika aku mengajar. Tahun 2010 aku mengajar anak-anak muridku menari tarian 'Twist' dan juga tarian 'Cowboy'. Kalau tak ada internet susah juga aku nak buat rujukan. Alhamdulillah melihat dari hasil video tahunan konsert nampaknya menjadi juga ajaran aku tu.... Anak-anak muridku kelihatan comel sekali dengan pakaian/'costume' masing-masing. Walaupun ada juga yang masih tertoleh-toleh pada rakan yang lain kerana masih tak yakin tapi mereka menari dengan bagus. Ialah....... ' what do you expect from a kid...in the end a kid will remain as a kid. That what makes them so cute and funny with their own characters.

Untuk konsert Tahun 2011 pula aku ditugaskan untuk mengajar anak-anak muridku yang terlampau cergas seramai 6 orang lelaki semuanya. Aku memilih untuk mengajar 'Tarian Endang". Ada sebabnya aku memilih tarian ini kerana sebelum aku pening kepala dan tension dengan gelagat main-main mereka yang agak susah mendengar kata dan sentiasa bergerak.....adalah lebih baik aku dudukkan saja mereka. Oleh itu hanya tangan mereka sahaja yang bergerak. Legalaa.....sikit.

Untuk kumpulan yang satu lagi aku mengajar mereka tarian 'Joget'. Kumpulan seramai 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. Tidak ada masalah mengajar kumpulan ini...masalahnya cuma aku cikgunya yang tak pandai berjoget.....letih...letih...nak mengira langkah...Jenuh juga aku berlatih berjoget di rumah....supaya tak nampak sumbang dan juga membuat catatan, takut terlupa 'step'. Cukup makan ajela...Inilah yang dikatakan pengalaman hidup...

Bila ku fikirkan balik ade baiknya juga aku berlatih berjoget dan menari di rumah...berpeluh jugak aku...tak payah sibuk-sibuk bersenam atau pergi ke gym. Lembut jugaklah tulang-tulang aku ni...

Eemmm....tarian 'Poco-Poco'......tak minat pulak aku. Rasanya tarian tu sesuai untuk makcik-makcik je.......aku muda lagi...he...he...he....

Sunday, July 3, 2011

Dirty Fellow

Hissshhh....teman cukup tak berkenan dengan orang Pengotor!. Lagi-lagi kalau si Pengotoq tu room mate kita. Aduh!! Mata semak..Hati lagi semak! Selalunya orang macam ni memang dikategorikan sebagai pemalas. Pengotoq tahap gaban yang paling teman bengang sekali ialah bila guna toilet kita pulak kena jadi pencacai tolong flushkan isi perut diaorang tu....hishh...hissh....ni yang rasa macam nak kena rasuk ni.!!!

Kalau office mate, room mate yang menghisap rokok tu...rasanya boleh jugak dikategorikan sebagai Dirty Fellow...sebabnya ikut suka hati mana nak buang puntung rokok dan kotak rokok dema tu...dalam pasu bunga, dalam mug, atas lantai....kenapa tak telannn je...lepas dah penuhkan ashtray bukan dema reti nak buang...aleh..aleh kita jugak. Lepastu...sedap-sedap cakap, kita le yang kena buang sebab dema dah penat hisap rokok. Ada ke patut!
Patutnya dema tu kita bakor je...Kita bakor je...!


Lagi satu patut tak kalau kita ambik je gambar bilik diaorang yang bersepah tu...lepas tu masukkan/tagkan dalam facebook diaorang tu...barulah kawan-kawan, boyfriend, girlfriend, sedara-mara diaorang tau siapa sebenarnya kawan, boyfriend, girlfriend atau suku-sakat diaorang ni. Tapi orang-orang yang pengotoq ni biasanya kalau keluar bukan main wangi dan anggun lagi!. Tu yang aku tak faham tu...Ala....hipokritla tu...cover line...


Nyamannya alam dari gangguan Dirty Fellows.....

Saturday, July 2, 2011

Lelong!

Kawanku Zura baru membeli sebuah apartment lelong di Rawang selepas bertahun-tahun menyewa di Kota Damansara. Tahap kesabarannya hilang bila tuan rumah menelefonnya 12 kali sehari kerana lewat membayar sewa rumah selama dua hari. Alasan tuan rumahnya yang masih bujang tu....ialah dia tak mahu membayar 'interest' bank atas kelewatan Zura. Tuan rumah juga menggugut Zura supaya keluar sahaja dari rumahnya dan mencari rumah lain walaupun Zura mempunyai 2 bulan deposit dengan tuan rumah. Kata Zura, kalaulah dia masih bujang...sat..sat tu.. jugak dia akan berpindah,..tapi Zura dah berkeluarga, kenalah berfikir pasal anak-anak dan barang-barang rumah yang tak cukup satu lori nak mengangkutnya.

Zura dan suaminya menerima saranan suamiku supaya membeli sahaja rumah lelong yang banyak terdapat di Rawang ini. Walaupun jarak ke tempat kerja bertambah jauh, Zura mengatakan tak mengapalah kerana pengorbanan masanya akan berbaloi kerana memikirkan akan memiliki rumah sendiri. Mereka bergegas ke pejabat KWSP untuk menyemak penyata akaun 2 mereka. Alhamdulillah.......Akaun 2 mereka cukup untuk membeli rumah lelong yang ada. Sibuk juga mereka suami isteri mengikhtiarkan duit untuk deposit rumah dan duit peguam ...walaupun rumah lelong bagi mereka yang tidak berapa mampu tuuu....perrrit jugak...

Selepas selesai urusan di pejabat lelong, rumah itu dimiliki juga oleh Zura dan suaminya walaupun terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kerana ada pembida yang lain membida untuk rumah tersebut. Mungkin broker bank atau memang pembida lain yang tulin. Itu yang lecehnya atau risikonya bila membeli rumah lelong!

Zurapun pergilah melihat rumah tersebut. Sebetulnya, rumahnya adalah apartmen di tingkat 5 (rampingla...pinggang Zura lepas ni..) Selepas masuk Zura dan suaminya terkejut kerana banyak betul barang-barang tuan rumah yang asal berselerak di dalam rumah tersebut. Bekerja-keraslah mereka berdua mengemas rumah tersebut. Aku bekerja keras juga menolong mereka...tapi bukanlah menolong mengemas rumah tetapi menolong menjaga anak lelaki mereka berumur 3 tahun yang lasak tu....he..he...he... Selepas berkemas dan mahu balik, kebetulan kakak yang merupakan jiran depan apartmen barunya memberikan kunci rumah tersebut, selepas Zura menghabiskan RM40.00 untuk mengupah tukang kunci untuk membuka rumah tersebut. Kakak itu bertanya kepada Zura berapakah harga yang dibayar oleh Zura untuk rumah tersebut? Zurapun secara jujurnya mengatakan rumah itu dibeli dengan harga RM24,000.00 secara tunai dengan wang akaun 2 KWSPnya.

Zura mengatakan , dia melihat muka kakak jiran barunya itu berubah kelat. Kata kakak itu, dia terpaksa membayar wang ansuran rumahnya sebanyak RM485.oo sebulan selama 25 tahun.

'MORAL OF THE STORY' - Zura tidur pada malam itu dengan senyenyak-nyenyaknya kerana dia tidak perlu lagi membayar sewa rumah tiap-tiap bulan dan menghadapi kerenah tuan rumahnya lagi. Tapi malangnya kakak jiran barunya itu pula akan tidur pada malam itu dengan tangan di dahi memikirkan sewa yang harus dibayarnya tiap-tiap bulan selama 25 tahun!!!

p/s Hatiku bukan untuk Dilelong

Wednesday, June 15, 2011

WITHOUT PREJUDICE!

TO ANYBODY

WHO NEEDS A GOOD LAUGH.
Have a wonderful day !

Little Zachary was doing quite badly in math. His parents had tried everything. Tutors, mentors, flash cards, Special Learning Centers. In short, everything they could think of to help his math.

Finally, in a last ditch effort, they took Zachary down and enrolled him in the local Catholic school. After the first day, little Zachary came home with a very serious look on his face. He didn't even kiss his mother Hello. Instead, he went straight to his room and started studying.

Books and papers were spread out all over the room and little Zachary was hard at work.

His mother was amazed. She called him down to dinner. To her shock, the minute he was done, he marched back to his room without a word, and in no time, he was back hitting the books as hard as before. This went on for some time, day after day, while the mother tried to understand what made all the difference.

Finally, little Zachary brought home his report card. He quietly laid it on the table, went up to his room and hit the books. With great trepidation, his Mom looked at it and to her great surprise Little Zachary got an 'A' in math. She could no longer hold her curiosity. She went to his room and said, 'Son, what was it? Was it the nuns?' Little Zachary looked at her and shook his head, no. 'Well, then,' she replied, 'Was it the books, the discipline, the structure, the uniforms?'

Little Zachary looked at her and said, 'On the first day of school when I saw that guy nailed to the plus sign, I knew they weren't fooling around.'

p/s Happy Father's day on 16th. June 2011


Sunday, May 15, 2011

Have a happy day !!!

A Sunday morning jokes

Ah Beng bought a new mobile.
He sent a message to everyone from his Phone Book & said, 'My Mobile No. has changed. Earlier it was Nokia 3310. Now it is 6610

====================================

Ah Beng : I am a Proud, coz my son is in Medical College .

Friend: Really, what is he studying?
Ah Beng: No, he is not studying, they are studying him.


Ah Beng : Doctor, in my dreams, I play football every night.

DR: Take this tablet, you will be ok.

Ah Beng : Can I take tomorrow, tonight is final game.



Ah Beng : If I die, will u remarry?
Wife: No! I'll stay with my sister. But if I die will u remarry?

Ah Beng : No, I'll also stay with your sister.


=========================================

Ah Beng : People consider me as a 'GOD'

Wife: How do you know??

Ah Beng : When I went to the Park today, everybody said, Oh GOD! U have come again.


===========================================

Ah Beng complained to the police: 'Sir, all items are missing,

except the TV in my house.'

Police: 'How come the thief did not take TV?'

Ah Beng : 'I was watching TV news...'


=========================================

Ah Beng comes back to his car & find a note saying 'Parking Fine'. He writes a note and sticks it to a pole 'Thanks for complement.'


=============================================

How do you recognize Ah Beng in School?

He is the one who erases the notes from the book when the teacher erases the board.


===============================================

Once Ah Beng was walking he had a glove on one hand and not on other. So the man asked him why he did so. He replied that the weather forecast announced that on one hand it would be cold and on the other hand it would be hot


==================================================

Ah Beng in a bar and his cellular phone rings. He picks it up and Says 'Hello, how did you know I was here?'

===================================================

Ah Beng : Why are all these people running?

Man - This is a race, the winner will get the cup.

Ah Beng - If only the winner will get the cup, why others running?

===================================================

Teacher: 'I killed a person' convert this sentence into future tense

Ah Beng : The future tense is 'You will go to jail'

==============================================

Ah Beng told his servant: 'Go and water the plants!'

Servant: 'It's already raining.'

Ah Beng : 'So what? Take an umbrella and go.'

==============================================

A man asked Ah Beng why Datuk Najib goes walking in the evening and not in the morning?
Ah Beng replied Datuk Najib is PM not AM

Monday, May 2, 2011

Happy Mother's Day




Happy Mother's day to my mother Puan Nafsiah.

I Love you so much Mak!
You're my mother, I would have no other!



A day to honour mothers for the achievements and efforts of motherhood.

We should celebrate every day as Mother's day. Sacrifices made by our mothers to give birth and spend all her time catering and raising us are invaluable. To children who still have mothers, please appreciate them. Take a little time to ask their news and visit them as often as possible. No excuse should be given to our busy schedules. Mothers should be given rewards when their are still alive. Do not regret it when they are no longer in this world!


Sunday, May 1, 2011

PURITY IN LIFE

A young couple moves into a new neighborhood.

The next morning while they are eating breakfast, the young woman sees her neighbor hanging the wash outside.

" That laundry is not very clean", she said.
" She doesn't know how to wash correctly. Perhaps she needs better laundry soap".

Her husband looked on, but remained silent.

Every time her neighbor would hang her wash to dry, the young woman would make the same comments.
About one month later, the woman was surprised to see a nice clean wash on the line and said to her husband,

" Look, she has learned how to wash correctly, I wonder who taught her this?".

The husband said, " I got up early this morning and cleaned our windows."

And so it is with life. What we see when watching others depend on the purity of the window through which we look.

p/s I've been quite busy lately, cleaning my windows...he..he..he..
Happy Labour Day! Spiderman...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...