Wednesday, May 9, 2012

PERINGATAN UNTUK ORANG MELAYU Part 1


ANAK KECIL MAIN API

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

( Lirik lagu ini ditujukan kepada Melayu-Melayu yang menyertai Perhimpunan Haram Bersih 3.0)

Monday, March 19, 2012

BATAL MESYUARAT KERANA SALMAN RUSHDIE

Imran cancels India trip over Rushdie
19 Mac, 2012 Pengerusi PTI (Pakistan Tehreek-e-Insaf) , Imran Khan, telah membatalkan penyertaan beliau sebagai penceramah utama dalam sidang tertutup "India Hari ini"  yang diadakan di New Delhi serta-merta bila mendapat tahu tentang penyertaan Salman Rushdie.
Beliau melahirkan kekesalan kepada pihak penganjur menyatakan bahawa dia tidak akan menyertai mana-mana program yang disertai Salman Rushdie yang telah menyebabkan 'kecederaan'  hati yang tidak terhingga kepada umat Islam di seluruh dunia, satu kenyataan PTI.
"Beliau hanya menerima dan melihat program penuh sidang tertutup  petang lepas dan mengambil tindakan awal pagi ini untuk membatalkan penyertaan," katanya.

Imran Khan (Imran Ahmad Khan Niazi; anak kepada Ikram Ullah Khan Niazi Shermankhel) lahir November 25, 1952, di Lahore adalah bekas pemain kriket Pakistan kini menjadi ahli politik. Imran bermain kriket untuk Pakistan di antara 1971 dan 1992, dan merupakan kapten negara

SIAPA SALMAN RUSHDIE?

Beliau yang menulis buku The Satanic Verses, yang diterbitkan pada 1988, secara terang-terangan menghina Nabi SAW telah ditekan dengan ancaman bunuh. Ketika itu, Ayatollah Khomeini, pemimpin Iran, mengeluarkan fatwa di dalam pidatonya bahawa Salman Rushdi dilahirkan sebagai Muslim sudah dihukumkan murtad.

Sebelum ini, ketika kes Salman Rushdi tersebar, Islam di seluruh dunia bangkit menentang dan mengutuk kejahatan yang dilakukannya termasuk di Malaysia pada tahun 1989. Kita sedih dan marah kerana dialah salah seorang yang mencetuskan kontroversi MENGHINA NABI SAW sebelum penghinaan secara besar-besaran baru-baru ini.
Malangnya, kerajaan Britain yang sememangnya suka dengan tindakan bodoh Salman Rushdi, telah melindungi beliau dengan undang-undang Britain ketika itu. Beliau selamat dari segala ancaman, bahkan telah menerima anugerah “Sir” dari Ratu Elizabeth II.

TABIK DENGAN TINDAKAN IMRAN KHAN!!

Thursday, March 8, 2012

HAPPY WOMEN'S DAY 2012!!!!

Ordinary woman can make History too..!

A Day devoted to Remembering Women all over the world!

  



































Monday, March 5, 2012

Roti...!!!

Pernah tengok iklan susu Dutch Lady di TV. Iklan yang tunjuk budak perempuan panggil Macha jual roti tapi macha tu lalu je...
Itulah kejadian benar yang selalu berlaku pada saya setiap kali nak beli roti. Macha jual roti tu..lalu macam ribut, sampai nak panggil dia pun tak sempat. Nak sempat apa nye....dengar hon roti dia tapi baru nak buka pintu dia dah hilang! Geram betul!...nak meniaga ke tak nak. Agaknya roti dia tu untuk buat perhiasan kat motor dia je kot...atau memang hobi dia bawak roti untuk ' touring ' aje...

Monday, February 20, 2012

MURTAD

Kebelakangan ini selalu terbaca di Facebook dan Twitter dengan individu haprak yang mencela Nabi, Islam dan yang paling tragis sampai menghina Allah SWT. Yang sedihnya hantu-hantu ni kebanyakkannya pangkal namanya Islam. Kalau namanya Johnny ke Christine ke Michelle ke heranla jugak sebab dah memang kafir. Ini tidak nama aje Islam tapi macam kafir. Kalau dah menghina Nabi dan Allah tu dah jatuh murtadla tu...dan bolehla dipancung kepalanya.Nauzubillahiminzalik....

Dalam facebook dan Twitter, hantu-hantu muda ni mencerca Nabi dan Allah dibuat sebagai gurauan. Kalau kita jumpa budak-budak ni mau kita pijak-pijak bagi m**^%#!!!



Anda boleh lihat sendiri laman Twitternya di SINI


Ada yang mengatakan akaunnya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab, ada yang mengatakan itu adalah perbuatan diaorang (hantu bukan orang) sendiri.Entahlah, saya sendiri pun dah tak faham dengan mereka-mereka yang entah kenapa tak pasal-pasal nak kutuk dan menghina Islam.

Disini saya tampalkan beberapa keping screenshot lagi untuk rujukan anda semua ;


Hayatilah Firman Allah dalam Surah At-Takwir ini:

سُوۡرَةُ التّکویر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 ٢١) وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٍ۬ (٢٢) وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُق ٱلۡمُبِينِ (٢٣) وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينٍ۬ (٢٤) وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَـٰنٍ۬ رَّجِيمٍ۬ (٢٥) فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ (٢٦) إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٌ۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ (٢٧) لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ (٢٨) وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢٩)

Surah At-Takwir

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(21) Dan sebenarnya sahabat kamu (Nabi Muhammad) itu (wahai golongan yang menentang Islam), bukanlah dia seorang gila (seperti yang kamu tuduh). (22) Dan (Nabi Muhammad yakin bahawa yang disampaikan kepadanya ialah wahyu dari Tuhan, kerana) demi sesungguhnya! Nabi Muhammad telah mengenal dan melihat Jibril di kaki langit yang nyata. (23) Dan bukanlah Nabi Muhammad seorang yang boleh dituduh dan disangka buruk, terhadap penyampaiannya mengenai perkara-perkara yang ghaib. (24) Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (25) (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? (26) Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. (27) Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. (28) Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. / (29)

Surah At-Takwir Ayat 21-29


Yang sedia Kafir tu tunggula..balasan di Akhirat!
Sebagai orang Islam Kita mendoakan semoga anak-anak muda yang bukan Islam dan yang berBIN dan berBINTI kan orang Islam diberikan Taufik dan Hidayah oleh
Allah SWT untuk " EMBRACE"  Islam dan berTAUBAT NASUHA!! Amin.

Tuesday, February 14, 2012

Sejadah Sembahyang...


Baru-baru ni di Kedah kita digemparkan dengan peristiwa sejadah sembahyang, ada yang sujud, ada yang rukuk dan ada yang berdiri  ( tak berjemaah nampaknya). Ada yang mengatakan ada tangan yang membuatnya dan sumber mengatakan itu kekuasaan Allah. Tak kisahla...apa yang penting, kita dituntut menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Nak dijadikan cerita, selepas solat Isyak anakku yang bongsu membega sejadah yang ada di rumah seperti yang kelihatan dalam gambar di suratkhabar. Selepas itu kami keluar, kerana suamiku teringin makan mee goreng mamak di kedai. Kebetulan 2 lagi anak perempuanku duduk di tingkat atas rumah, tak mahu ikut.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba anak perempuanku menelefon dengan suara yang cemas menyuruh kami pulang segera dan terus meletakkan telefon. Kami cemas juga memikirkan apa yang berlaku. Setibanya di rumah mereka kelam-kabut menunjukkan kepada kami sejadah berdiri yang mengadap kiblat. 

Apalagi pecah perutla kami ketawakan mereka........

Tuesday, February 7, 2012

Nak Jadi Macam Masako Mizutani


Eisssyyhhh....kalau jadi awet muda macam Masako Mizutani ( boleh ke?) tentu husband I akan cakap macam ni..." SUMPAH ABANG TAK CARI LAIN" he..he..he...

Bagi sesiapa yang masih tak kenal Masako Mizutani. Dia wanita Jepun yang kekal cantik walaupun dah berumur 44 tahun ( lahir tahun 1968). Model majalah fesyen dan ibu kepada 2 orang anak . Anak sulung dia dah nak masuk umur 20tahun. Nak tau Petua Masako untuk awet muda. Senang aje....Google jela....he..he..he..



Sunday, January 22, 2012

WOMAN



 


Monday, January 16, 2012

Terlebih POLITIK Harga Barang Tetap Tidak Terkawal!

Di mana-mana suratkhabar pun, hari-hari kita disogokkan dengan isu Anwar Ibrahim Main #####, Datuk Hassan Ali kena pecat dari Pas, Kes Feedlot Datuk Shahrizat, Kerajaan belanja RM22 juta untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia,  cerita pasal Apek dan bermacam-macam lagi berita lain yang remeh-temeh.

Pada pendapat saya Isu yang MAHA PENTING yang patut dibahaskan dan diberi keutamaan adalah
1. KERUNTUHAN AKHLAK ANAK BANGSA MELAYU
   Terlalu risau, seriau dan ngeri bila memikirkan apatah lagi untuk memperkatakan tentang hal ini dengan melihat dunia yang sebenarnya sekarang dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

Kalau dari sekarang masalah nak memertabatkan agama Islampun dikucar-kacirkan dengan parti politik yang asyik bertelingkah menegakkan benang basah masing-masing..jadi siapa yang nak jadi hero menyelamatkan anak bangsa kita dari gejala sosial yang terlampau kelucahannya. Setakat nak jadi pemberontak macam Adam Adli tu....hem...Kerja pun tak lagi. Makanpun masih bersuap.

Sebagai ibu bolehlah memberikan nasihat dan membuat pantuan dari rumah. Luar rumah kita cuma boleh berTawakal dan berdoa kepada Allah menjaga keselamatan dan iman anak-anak  remaja kita.

2. HARGA BARANG YANG MELAMBUNG dibandingkan dengan gaji yang ciput.
KENAPA? Apa Masalahnya. Kita bukannya nakkan sangat duit RM500.00 dari kerajaan untuk berbelanja. Orang cakap duit boleh cari. Kita  nak Kerajaan beri keutamaan untuk menyelaraskan Harga Barang! Apa yang susah sangat. Kuasa ada di tangan Kerajaan. Berapa punya besar Putrajaya tu...dengan berbagai-bagai Jabatan.

Kalau negara maju yang lain, contoh jiran terdekat kita Singapura pun boleh selaraskan harga barang kenapa bukan kita. Belum dibandingkan lagi dengan negara Britain atau negara besar lain.

Bukan nak kondem kerajaan tetapi memberi saranan. Kalau nak menang dan mendapat sokongan rakyat pada PRU ke 13 nanti inilah apa yang patut Kerajaan buat tak payah nak sibuk-sibuk dengan penyokong @ pencacai Anwar Ibrahim tu..

Ini harapan rakyat, rakyat Malaysia yang perlu diambil serius bukan sekadar luahan hati seorang surirumah seperti saya dan juga luahan hati surirumah-surirumah yang lain semasa membeli barang dapur di kedai runcit hatta pasaraya sekalipun.


Friday, January 13, 2012

How To Get Along with Friends

My friend just text/SMS, asking how do I get along with my ex-colleague? It seems that she's having problem to understand her and even wanted to resign due to this problem.

Bagi saya jawapannya mudah saja.
1. Kena kenal dulu siapa dia?
    Perangainya, apa dia suka/ tak suka. Mat/minah jiwang ke, jazz ke,      rock ke.....heavy metal ke..

2. Cari persamaan
    Ada tak apa yang kita suka diapun suka.

3.Jangan berburuk sangka
   Kalau ada masalah, kena tanya dulu kenapa dia bersikap macam tu...( janganla cakap 'Ada aku kisah')

4. Be a good listeners
    Walaupun telinga berdengung

5.Bagi hint kat dia pulak siapa kita.

6. Kalau memang tak boleh sebulu dengan dia.

    Kena professionalla. Kerja means kerja kena disiapkan jugak. Tak         ada hanky panky @ party.

    Kalau memang tak boleh nak blah jugak?....blah jela....he..he..he..takut nanti jiwa kacau kita pulak yang meroyan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...