Sunday, January 22, 2012

WOMAN



 


Monday, January 16, 2012

Terlebih POLITIK Harga Barang Tetap Tidak Terkawal!

Di mana-mana suratkhabar pun, hari-hari kita disogokkan dengan isu Anwar Ibrahim Main #####, Datuk Hassan Ali kena pecat dari Pas, Kes Feedlot Datuk Shahrizat, Kerajaan belanja RM22 juta untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia,  cerita pasal Apek dan bermacam-macam lagi berita lain yang remeh-temeh.

Pada pendapat saya Isu yang MAHA PENTING yang patut dibahaskan dan diberi keutamaan adalah
1. KERUNTUHAN AKHLAK ANAK BANGSA MELAYU
   Terlalu risau, seriau dan ngeri bila memikirkan apatah lagi untuk memperkatakan tentang hal ini dengan melihat dunia yang sebenarnya sekarang dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

Kalau dari sekarang masalah nak memertabatkan agama Islampun dikucar-kacirkan dengan parti politik yang asyik bertelingkah menegakkan benang basah masing-masing..jadi siapa yang nak jadi hero menyelamatkan anak bangsa kita dari gejala sosial yang terlampau kelucahannya. Setakat nak jadi pemberontak macam Adam Adli tu....hem...Kerja pun tak lagi. Makanpun masih bersuap.

Sebagai ibu bolehlah memberikan nasihat dan membuat pantuan dari rumah. Luar rumah kita cuma boleh berTawakal dan berdoa kepada Allah menjaga keselamatan dan iman anak-anak  remaja kita.

2. HARGA BARANG YANG MELAMBUNG dibandingkan dengan gaji yang ciput.
KENAPA? Apa Masalahnya. Kita bukannya nakkan sangat duit RM500.00 dari kerajaan untuk berbelanja. Orang cakap duit boleh cari. Kita  nak Kerajaan beri keutamaan untuk menyelaraskan Harga Barang! Apa yang susah sangat. Kuasa ada di tangan Kerajaan. Berapa punya besar Putrajaya tu...dengan berbagai-bagai Jabatan.

Kalau negara maju yang lain, contoh jiran terdekat kita Singapura pun boleh selaraskan harga barang kenapa bukan kita. Belum dibandingkan lagi dengan negara Britain atau negara besar lain.

Bukan nak kondem kerajaan tetapi memberi saranan. Kalau nak menang dan mendapat sokongan rakyat pada PRU ke 13 nanti inilah apa yang patut Kerajaan buat tak payah nak sibuk-sibuk dengan penyokong @ pencacai Anwar Ibrahim tu..

Ini harapan rakyat, rakyat Malaysia yang perlu diambil serius bukan sekadar luahan hati seorang surirumah seperti saya dan juga luahan hati surirumah-surirumah yang lain semasa membeli barang dapur di kedai runcit hatta pasaraya sekalipun.


Friday, January 13, 2012

How To Get Along with Friends

My friend just text/SMS, asking how do I get along with my ex-colleague? It seems that she's having problem to understand her and even wanted to resign due to this problem.

Bagi saya jawapannya mudah saja.
1. Kena kenal dulu siapa dia?
    Perangainya, apa dia suka/ tak suka. Mat/minah jiwang ke, jazz ke,      rock ke.....heavy metal ke..

2. Cari persamaan
    Ada tak apa yang kita suka diapun suka.

3.Jangan berburuk sangka
   Kalau ada masalah, kena tanya dulu kenapa dia bersikap macam tu...( janganla cakap 'Ada aku kisah')

4. Be a good listeners
    Walaupun telinga berdengung

5.Bagi hint kat dia pulak siapa kita.

6. Kalau memang tak boleh sebulu dengan dia.

    Kena professionalla. Kerja means kerja kena disiapkan jugak. Tak         ada hanky panky @ party.

    Kalau memang tak boleh nak blah jugak?....blah jela....he..he..he..takut nanti jiwa kacau kita pulak yang meroyan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...