Saturday, September 3, 2011

Kerja Gila!

Satu hari sebelum Raya....dari pukul 9 pagi membawa ke pukul 3 pagi, aku menjahit 41/2 pasang baju kurung moden untuk anak-anak saudaraku seramai 4 orang...ialah 4 orang 4 pasangla...Baju adikku siap bajunya aje..kainnya tak sempat sebab tukang jahit dah mengantuk...takut menjahit masa mengantuk accident pulak! ( Nasib baik laki aku tak bising......)

Satu hari sebelum tu...adikku shopping di pekan Rawang untuk membeli baju raya anak-anak dia. Akupun ikut jugak...memang dia nak belikan baju kurung pasang siap aje....untuk anak-anak dia...pilih punya pilih...ade aje yang tak sesuai.....jadi akupun mencadangkan beli aje kain biar aku tolong jahitkan. Beli kain jauh tu...kat Nagoya........Disebabkan haripun dah nak Maghrib dan nak berbuka, kitaorangpun balikla...

Sebelum tu, ( banyak betul aku punya sebelum de......) semasa ke Rawang, aku , dua anakku dan seorang anak adik No 3, dihantar oleh suamiku...adik ke3 aku bersama seorang lagi anakku dan 3 orang lagi anaknya naik Viva dipandu adik bongsuku..
Cadangan proposalnya bila balik nanti aku, adik ke3 aku dan 2 lagi anakku naik bas aje...yang kecik-kecik tu..biarla naik kereta aje...tetapi memandangkan anak2 saudaraku dah keletihan shopping....diaorang pun mulalah buat perangai....semua merengek-rengek nak ikut emaknya naik bas...

Apalagi, adik bongsuku dah bengang dan naik angin satu badan......semua disuruhnya semua naik kereta. Hah! percaya tak bila aku kira-kira semuanya sebelas orang dalam satu kereta Viva. Tujuh yang besar dan 4 yang kecik. ( Nasib baik adik bongsu ake belum kahwin, kalau tak kat mana pulak nak letak anak dia. Takkan dalam bonet sebab dah penuh dengan barang.

Macam iklan Milo 3 in 1..takpun macam sardin cap ayam tin kecik...sardin tin besar bas No. 43 ke Bandar Country Home...he...he..he
Eish..eish..eish kalau JPJ nampak tentu kena saman punya!


Macam nilah rupanya sardin dalam Viva...

Thursday, September 1, 2011

EID MUBARAK

Selamat Hariraya Aidilfitri untuk semua sanak saudara dan teman-teman bloggers di Malaysia.

Sunday, August 14, 2011

Choreographer

Aku yang kayu ni macam tak percaya menjadi 'choreographer' untuk anak-anak muridku.....dan sehingga hari ini dengan bangganya aku telah menjadi choreographer untuk dua konsert di tadika aku mengajar. Tahun 2010 aku mengajar anak-anak muridku menari tarian 'Twist' dan juga tarian 'Cowboy'. Kalau tak ada internet susah juga aku nak buat rujukan. Alhamdulillah melihat dari hasil video tahunan konsert nampaknya menjadi juga ajaran aku tu.... Anak-anak muridku kelihatan comel sekali dengan pakaian/'costume' masing-masing. Walaupun ada juga yang masih tertoleh-toleh pada rakan yang lain kerana masih tak yakin tapi mereka menari dengan bagus. Ialah....... ' what do you expect from a kid...in the end a kid will remain as a kid. That what makes them so cute and funny with their own characters.

Untuk konsert Tahun 2011 pula aku ditugaskan untuk mengajar anak-anak muridku yang terlampau cergas seramai 6 orang lelaki semuanya. Aku memilih untuk mengajar 'Tarian Endang". Ada sebabnya aku memilih tarian ini kerana sebelum aku pening kepala dan tension dengan gelagat main-main mereka yang agak susah mendengar kata dan sentiasa bergerak.....adalah lebih baik aku dudukkan saja mereka. Oleh itu hanya tangan mereka sahaja yang bergerak. Legalaa.....sikit.

Untuk kumpulan yang satu lagi aku mengajar mereka tarian 'Joget'. Kumpulan seramai 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. Tidak ada masalah mengajar kumpulan ini...masalahnya cuma aku cikgunya yang tak pandai berjoget.....letih...letih...nak mengira langkah...Jenuh juga aku berlatih berjoget di rumah....supaya tak nampak sumbang dan juga membuat catatan, takut terlupa 'step'. Cukup makan ajela...Inilah yang dikatakan pengalaman hidup...

Bila ku fikirkan balik ade baiknya juga aku berlatih berjoget dan menari di rumah...berpeluh jugak aku...tak payah sibuk-sibuk bersenam atau pergi ke gym. Lembut jugaklah tulang-tulang aku ni...

Eemmm....tarian 'Poco-Poco'......tak minat pulak aku. Rasanya tarian tu sesuai untuk makcik-makcik je.......aku muda lagi...he...he...he....

Sunday, July 3, 2011

Dirty Fellow

Hissshhh....teman cukup tak berkenan dengan orang Pengotor!. Lagi-lagi kalau si Pengotoq tu room mate kita. Aduh!! Mata semak..Hati lagi semak! Selalunya orang macam ni memang dikategorikan sebagai pemalas. Pengotoq tahap gaban yang paling teman bengang sekali ialah bila guna toilet kita pulak kena jadi pencacai tolong flushkan isi perut diaorang tu....hishh...hissh....ni yang rasa macam nak kena rasuk ni.!!!

Kalau office mate, room mate yang menghisap rokok tu...rasanya boleh jugak dikategorikan sebagai Dirty Fellow...sebabnya ikut suka hati mana nak buang puntung rokok dan kotak rokok dema tu...dalam pasu bunga, dalam mug, atas lantai....kenapa tak telannn je...lepas dah penuhkan ashtray bukan dema reti nak buang...aleh..aleh kita jugak. Lepastu...sedap-sedap cakap, kita le yang kena buang sebab dema dah penat hisap rokok. Ada ke patut!
Patutnya dema tu kita bakor je...Kita bakor je...!


Lagi satu patut tak kalau kita ambik je gambar bilik diaorang yang bersepah tu...lepas tu masukkan/tagkan dalam facebook diaorang tu...barulah kawan-kawan, boyfriend, girlfriend, sedara-mara diaorang tau siapa sebenarnya kawan, boyfriend, girlfriend atau suku-sakat diaorang ni. Tapi orang-orang yang pengotoq ni biasanya kalau keluar bukan main wangi dan anggun lagi!. Tu yang aku tak faham tu...Ala....hipokritla tu...cover line...


Nyamannya alam dari gangguan Dirty Fellows.....

Saturday, July 2, 2011

Lelong!

Kawanku Zura baru membeli sebuah apartment lelong di Rawang selepas bertahun-tahun menyewa di Kota Damansara. Tahap kesabarannya hilang bila tuan rumah menelefonnya 12 kali sehari kerana lewat membayar sewa rumah selama dua hari. Alasan tuan rumahnya yang masih bujang tu....ialah dia tak mahu membayar 'interest' bank atas kelewatan Zura. Tuan rumah juga menggugut Zura supaya keluar sahaja dari rumahnya dan mencari rumah lain walaupun Zura mempunyai 2 bulan deposit dengan tuan rumah. Kata Zura, kalaulah dia masih bujang...sat..sat tu.. jugak dia akan berpindah,..tapi Zura dah berkeluarga, kenalah berfikir pasal anak-anak dan barang-barang rumah yang tak cukup satu lori nak mengangkutnya.

Zura dan suaminya menerima saranan suamiku supaya membeli sahaja rumah lelong yang banyak terdapat di Rawang ini. Walaupun jarak ke tempat kerja bertambah jauh, Zura mengatakan tak mengapalah kerana pengorbanan masanya akan berbaloi kerana memikirkan akan memiliki rumah sendiri. Mereka bergegas ke pejabat KWSP untuk menyemak penyata akaun 2 mereka. Alhamdulillah.......Akaun 2 mereka cukup untuk membeli rumah lelong yang ada. Sibuk juga mereka suami isteri mengikhtiarkan duit untuk deposit rumah dan duit peguam ...walaupun rumah lelong bagi mereka yang tidak berapa mampu tuuu....perrrit jugak...

Selepas selesai urusan di pejabat lelong, rumah itu dimiliki juga oleh Zura dan suaminya walaupun terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kerana ada pembida yang lain membida untuk rumah tersebut. Mungkin broker bank atau memang pembida lain yang tulin. Itu yang lecehnya atau risikonya bila membeli rumah lelong!

Zurapun pergilah melihat rumah tersebut. Sebetulnya, rumahnya adalah apartmen di tingkat 5 (rampingla...pinggang Zura lepas ni..) Selepas masuk Zura dan suaminya terkejut kerana banyak betul barang-barang tuan rumah yang asal berselerak di dalam rumah tersebut. Bekerja-keraslah mereka berdua mengemas rumah tersebut. Aku bekerja keras juga menolong mereka...tapi bukanlah menolong mengemas rumah tetapi menolong menjaga anak lelaki mereka berumur 3 tahun yang lasak tu....he..he...he... Selepas berkemas dan mahu balik, kebetulan kakak yang merupakan jiran depan apartmen barunya memberikan kunci rumah tersebut, selepas Zura menghabiskan RM40.00 untuk mengupah tukang kunci untuk membuka rumah tersebut. Kakak itu bertanya kepada Zura berapakah harga yang dibayar oleh Zura untuk rumah tersebut? Zurapun secara jujurnya mengatakan rumah itu dibeli dengan harga RM24,000.00 secara tunai dengan wang akaun 2 KWSPnya.

Zura mengatakan , dia melihat muka kakak jiran barunya itu berubah kelat. Kata kakak itu, dia terpaksa membayar wang ansuran rumahnya sebanyak RM485.oo sebulan selama 25 tahun.

'MORAL OF THE STORY' - Zura tidur pada malam itu dengan senyenyak-nyenyaknya kerana dia tidak perlu lagi membayar sewa rumah tiap-tiap bulan dan menghadapi kerenah tuan rumahnya lagi. Tapi malangnya kakak jiran barunya itu pula akan tidur pada malam itu dengan tangan di dahi memikirkan sewa yang harus dibayarnya tiap-tiap bulan selama 25 tahun!!!

p/s Hatiku bukan untuk Dilelong

Wednesday, June 15, 2011

WITHOUT PREJUDICE!

TO ANYBODY

WHO NEEDS A GOOD LAUGH.
Have a wonderful day !

Little Zachary was doing quite badly in math. His parents had tried everything. Tutors, mentors, flash cards, Special Learning Centers. In short, everything they could think of to help his math.

Finally, in a last ditch effort, they took Zachary down and enrolled him in the local Catholic school. After the first day, little Zachary came home with a very serious look on his face. He didn't even kiss his mother Hello. Instead, he went straight to his room and started studying.

Books and papers were spread out all over the room and little Zachary was hard at work.

His mother was amazed. She called him down to dinner. To her shock, the minute he was done, he marched back to his room without a word, and in no time, he was back hitting the books as hard as before. This went on for some time, day after day, while the mother tried to understand what made all the difference.

Finally, little Zachary brought home his report card. He quietly laid it on the table, went up to his room and hit the books. With great trepidation, his Mom looked at it and to her great surprise Little Zachary got an 'A' in math. She could no longer hold her curiosity. She went to his room and said, 'Son, what was it? Was it the nuns?' Little Zachary looked at her and shook his head, no. 'Well, then,' she replied, 'Was it the books, the discipline, the structure, the uniforms?'

Little Zachary looked at her and said, 'On the first day of school when I saw that guy nailed to the plus sign, I knew they weren't fooling around.'

p/s Happy Father's day on 16th. June 2011


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...