Tuesday, April 13, 2010

PETUA

Bercakap tentang petua, orang tua-tua kita cukup kaya dengan petua-petua. Ada bermacam-macam petua untuk kesihatan, makanan, kecantikan, kebahagiaan suami-isteri, kehidupan juga untuk anak-anak kecil. Kebanyakan petua ini boleh dipakai untuk kegunaan sehari-hari atau bila perlu sahaja ataupun untuk digunakan masa kecemasan. Tapi kebiasaanyalahkan bila dalam masa kecemasan dan bila dah panik tu semua petua pun tak ingat. Lebih-lebih lagi bila nampak ada darah di badan anak-anak kita.

Selalunya petua-petua ni orang perempuan je yang simpan info. Orang lelaki tak ambil pot pun. Tapi kalau petua untuk memperhebatkan kelelakian tentu diaorang numero uno. Alah..biasala tu...

Saya ada juga petua-petua yang boleh dikongsi kepada sesiapa yang berminat. Nak kongsi duit tu mintak maafla..memang tak mandang (cakap orang Perak). Inipun ilmu jugakan...

PETUA UNTUK KECANTIKAN

MASK DARI ALOE VERA
Aloe Vera ni baik untuk kulit yang sensitif, lebih-lebih lagi kulit yang terdedah pada terik matahari.
Bahan-bahannya:
* 4 sudu besar jus Aloe Vera dan Gelnya
* 2 titik pati ros( boleh beli di farmasi)

campurkan kedua-duanya sekali sehingga mesra. Kemudian bolehlah disapukan di muka, leher, tangan atau mana-mana bahagian badan yang lain. Bagus juga untuk kulit yang kena sunburn.
Biarkan 5 ke 7 minit atau sampai kering. Mask ini bolehlah dibilas dengan air suam. Lap kering dan bolehla pakai pelembab selepas itu.
Aloe vera dan pati ros ini menyejukkan kulit dan memulihkan kulit yang rosak.
Lepas ni tanamlah pokok aloe vera banyak-banyak..tak payah mintak kat orang. Kalau tak rajin buatlah banyak sikit masuk dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Yang ada suami tu janganlah pakai masa dia ada sebab nampak comot ataupun yang tak kisah tu pakaikan dia sekali. Barulah romantikkan...

MASK DARI TIMUN
Timun ni sesuai untuk kulit yang berminyak dan mengetatkan pori-pori kulit.Hirisan timun juga bagus untuk mengurangkan lebam di bawah mata.
Bahan-bahannya :
* 1/2 batang timun diparut dan ambil airnya
* 1 sudu besar perahan limau nipis atau lemon
* 1 biji putih telur yang telah dipukul (lebih bagus telur ayam kampung)
Campurkan kesemua bahan tadi sehingga mesra. Sapukan di muka kecuali di kawasan mata dan leher. Biarkan lebih kurang 15 hingga 25 minit dan bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk.

MASK UNTUK PEGELUPASAN KULIT
Untuk kesan pengelupasan yang lembut dan selamat untuk kulit
Bahan-bahannya :
* 1/2 potong timun
* 1/2 potong epal hijau
* 1 sudu besar madu
Kalau nak senang kisarkan aje timun dan epal dalam blender. Pastikan blender tu basuh bersih-bersih ya takut nanti pijau pulak muka kita. Lepas tu campurkan madu dan kacau. Sapu di muka elakkan kawasan mata dan di leher. Biarkan 15 minit dan bilas dengan air suam kemudian dengan air sejuk.
***Untuk resepi mask - timun lebih bagus kalau dibuang kulitnya. Bijinya nak buang atau tak terpulanglah kepada empunya diri. Untuk yang empunya diri ini yang selalunya rajin memang tak pernah buang.
Kesannya bukanlah serta-merta tapi kenalah istiqomah ya. Tak adalah buat sekali dah terus cantik. Buatla seminggu 3 kali. Nak buat hari-haripun boleh sebab semuanya ramuan alam semulajadi. Cuma takut nanti lambat pulak masak....

Untuk hari ini, inilah petua-petua yang dapat diperturunkan. Kalau ada cadangan atau petua-petua lain untuk cantikkan kulit amatlah dialu-alukan. Kalau boleh yang asli atau back to nature.

No comments:

Post a Comment

Please leave your footprint here..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...