Hari Merah Kuning ialah pada tiap-tiap hari Khamis sempena menghormati bendera negeri Selangor. Takkkk....ini ialah uniform sukan tadika ini.


Masa kita sekolah-sekolah dulu pun pandai jugak main hula-hoop tapi sekarang pinggang dah kerasla...tapi masih maintain ramping lagi....hehehe...
Wah! Shaffiq anak Cikgu Mel memang suka berkawan dan kelakar orangnya. Setiap pagi dialah orang pertama yang ucap ' Good Morning Teacher Layli' walaupun cikgunya tak sampai pagar sekolah pun lagi. ' Good Morning Shaffiq'. Sebelahnya ialah Jay-Jay ( berasal dari Sabah...ehh...ehh..kenapa tak pakai baju sukan ni?) dan yang di belakang tu ialah Terry ( orang Sabah jugak bah..). Tengok Terry tu......dah basah baju berpeluh......Bila exercise keluar peluh barula badan kita sihat....

Kalau nak tengok semuanya duduk diam-diam, masa makan ni lah....cikgupun boleh join makan sekali...sebab cikgupun lapar jugak....Nampak tak? kerusi cikgu besar sikit...sebab cikgunya besar sikit dan berat sikit dari murid-muridnya....hehehe...
Walaupun tak ramai, saya dibantu oleh Bibik Bibi untuk menjaga mereka ketika bermain supaya dapat tumpukan perhatian bila mengajar salah seorang dari mereka ' one to one '. Kalau tidak susahlah nak tumpukan perhatian bila mengajar salah seorang dari mereka.....bukan apa kena jaga keselamatan. Taula...kalau budak-budak bermain...
Yang si comel Kamellya tu mesti nak duduk sebelah cikgu jugak-jugak....dah namanya pun budak, cikgu ikutkan saja....Apa yang penting.....Kerjasamaa.....
No comments:
Post a Comment
Please leave your footprint here..