Nak dijadikan cerita, selepas solat Isyak anakku yang bongsu membega sejadah yang ada di rumah seperti yang kelihatan dalam gambar di suratkhabar. Selepas itu kami keluar, kerana suamiku teringin makan mee goreng mamak di kedai. Kebetulan 2 lagi anak perempuanku duduk di tingkat atas rumah, tak mahu ikut.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba anak perempuanku menelefon dengan suara yang cemas menyuruh kami pulang segera dan terus meletakkan telefon. Kami cemas juga memikirkan apa yang berlaku. Setibanya di rumah mereka kelam-kabut menunjukkan kepada kami sejadah berdiri yang mengadap kiblat.
Apalagi pecah perutla kami ketawakan mereka........
Huhu...kelakar pulak....pandai betul ur kid buat suspen...hikhik
ReplyDeletehehehe pandai budak2 ni.. :)
ReplyDelete