Sunday, August 14, 2011

Choreographer

Aku yang kayu ni macam tak percaya menjadi 'choreographer' untuk anak-anak muridku.....dan sehingga hari ini dengan bangganya aku telah menjadi choreographer untuk dua konsert di tadika aku mengajar. Tahun 2010 aku mengajar anak-anak muridku menari tarian 'Twist' dan juga tarian 'Cowboy'. Kalau tak ada internet susah juga aku nak buat rujukan. Alhamdulillah melihat dari hasil video tahunan konsert nampaknya menjadi juga ajaran aku tu.... Anak-anak muridku kelihatan comel sekali dengan pakaian/'costume' masing-masing. Walaupun ada juga yang masih tertoleh-toleh pada rakan yang lain kerana masih tak yakin tapi mereka menari dengan bagus. Ialah....... ' what do you expect from a kid...in the end a kid will remain as a kid. That what makes them so cute and funny with their own characters.

Untuk konsert Tahun 2011 pula aku ditugaskan untuk mengajar anak-anak muridku yang terlampau cergas seramai 6 orang lelaki semuanya. Aku memilih untuk mengajar 'Tarian Endang". Ada sebabnya aku memilih tarian ini kerana sebelum aku pening kepala dan tension dengan gelagat main-main mereka yang agak susah mendengar kata dan sentiasa bergerak.....adalah lebih baik aku dudukkan saja mereka. Oleh itu hanya tangan mereka sahaja yang bergerak. Legalaa.....sikit.

Untuk kumpulan yang satu lagi aku mengajar mereka tarian 'Joget'. Kumpulan seramai 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan. Tidak ada masalah mengajar kumpulan ini...masalahnya cuma aku cikgunya yang tak pandai berjoget.....letih...letih...nak mengira langkah...Jenuh juga aku berlatih berjoget di rumah....supaya tak nampak sumbang dan juga membuat catatan, takut terlupa 'step'. Cukup makan ajela...Inilah yang dikatakan pengalaman hidup...

Bila ku fikirkan balik ade baiknya juga aku berlatih berjoget dan menari di rumah...berpeluh jugak aku...tak payah sibuk-sibuk bersenam atau pergi ke gym. Lembut jugaklah tulang-tulang aku ni...

Eemmm....tarian 'Poco-Poco'......tak minat pulak aku. Rasanya tarian tu sesuai untuk makcik-makcik je.......aku muda lagi...he...he...he....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...