Monday, March 19, 2012

BATAL MESYUARAT KERANA SALMAN RUSHDIE

Imran cancels India trip over Rushdie
19 Mac, 2012 Pengerusi PTI (Pakistan Tehreek-e-Insaf) , Imran Khan, telah membatalkan penyertaan beliau sebagai penceramah utama dalam sidang tertutup "India Hari ini"  yang diadakan di New Delhi serta-merta bila mendapat tahu tentang penyertaan Salman Rushdie.
Beliau melahirkan kekesalan kepada pihak penganjur menyatakan bahawa dia tidak akan menyertai mana-mana program yang disertai Salman Rushdie yang telah menyebabkan 'kecederaan'  hati yang tidak terhingga kepada umat Islam di seluruh dunia, satu kenyataan PTI.
"Beliau hanya menerima dan melihat program penuh sidang tertutup  petang lepas dan mengambil tindakan awal pagi ini untuk membatalkan penyertaan," katanya.

Imran Khan (Imran Ahmad Khan Niazi; anak kepada Ikram Ullah Khan Niazi Shermankhel) lahir November 25, 1952, di Lahore adalah bekas pemain kriket Pakistan kini menjadi ahli politik. Imran bermain kriket untuk Pakistan di antara 1971 dan 1992, dan merupakan kapten negara

SIAPA SALMAN RUSHDIE?

Beliau yang menulis buku The Satanic Verses, yang diterbitkan pada 1988, secara terang-terangan menghina Nabi SAW telah ditekan dengan ancaman bunuh. Ketika itu, Ayatollah Khomeini, pemimpin Iran, mengeluarkan fatwa di dalam pidatonya bahawa Salman Rushdi dilahirkan sebagai Muslim sudah dihukumkan murtad.

Sebelum ini, ketika kes Salman Rushdi tersebar, Islam di seluruh dunia bangkit menentang dan mengutuk kejahatan yang dilakukannya termasuk di Malaysia pada tahun 1989. Kita sedih dan marah kerana dialah salah seorang yang mencetuskan kontroversi MENGHINA NABI SAW sebelum penghinaan secara besar-besaran baru-baru ini.
Malangnya, kerajaan Britain yang sememangnya suka dengan tindakan bodoh Salman Rushdi, telah melindungi beliau dengan undang-undang Britain ketika itu. Beliau selamat dari segala ancaman, bahkan telah menerima anugerah “Sir” dari Ratu Elizabeth II.

TABIK DENGAN TINDAKAN IMRAN KHAN!!

Thursday, March 8, 2012

HAPPY WOMEN'S DAY 2012!!!!

Ordinary woman can make History too..!

A Day devoted to Remembering Women all over the world!

  



































Monday, March 5, 2012

Roti...!!!

Pernah tengok iklan susu Dutch Lady di TV. Iklan yang tunjuk budak perempuan panggil Macha jual roti tapi macha tu lalu je...
Itulah kejadian benar yang selalu berlaku pada saya setiap kali nak beli roti. Macha jual roti tu..lalu macam ribut, sampai nak panggil dia pun tak sempat. Nak sempat apa nye....dengar hon roti dia tapi baru nak buka pintu dia dah hilang! Geram betul!...nak meniaga ke tak nak. Agaknya roti dia tu untuk buat perhiasan kat motor dia je kot...atau memang hobi dia bawak roti untuk ' touring ' aje...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...