Sunday, July 3, 2011

Dirty Fellow

Hissshhh....teman cukup tak berkenan dengan orang Pengotor!. Lagi-lagi kalau si Pengotoq tu room mate kita. Aduh!! Mata semak..Hati lagi semak! Selalunya orang macam ni memang dikategorikan sebagai pemalas. Pengotoq tahap gaban yang paling teman bengang sekali ialah bila guna toilet kita pulak kena jadi pencacai tolong flushkan isi perut diaorang tu....hishh...hissh....ni yang rasa macam nak kena rasuk ni.!!!

Kalau office mate, room mate yang menghisap rokok tu...rasanya boleh jugak dikategorikan sebagai Dirty Fellow...sebabnya ikut suka hati mana nak buang puntung rokok dan kotak rokok dema tu...dalam pasu bunga, dalam mug, atas lantai....kenapa tak telannn je...lepas dah penuhkan ashtray bukan dema reti nak buang...aleh..aleh kita jugak. Lepastu...sedap-sedap cakap, kita le yang kena buang sebab dema dah penat hisap rokok. Ada ke patut!
Patutnya dema tu kita bakor je...Kita bakor je...!


Lagi satu patut tak kalau kita ambik je gambar bilik diaorang yang bersepah tu...lepas tu masukkan/tagkan dalam facebook diaorang tu...barulah kawan-kawan, boyfriend, girlfriend, sedara-mara diaorang tau siapa sebenarnya kawan, boyfriend, girlfriend atau suku-sakat diaorang ni. Tapi orang-orang yang pengotoq ni biasanya kalau keluar bukan main wangi dan anggun lagi!. Tu yang aku tak faham tu...Ala....hipokritla tu...cover line...


Nyamannya alam dari gangguan Dirty Fellows.....

Saturday, July 2, 2011

Lelong!

Kawanku Zura baru membeli sebuah apartment lelong di Rawang selepas bertahun-tahun menyewa di Kota Damansara. Tahap kesabarannya hilang bila tuan rumah menelefonnya 12 kali sehari kerana lewat membayar sewa rumah selama dua hari. Alasan tuan rumahnya yang masih bujang tu....ialah dia tak mahu membayar 'interest' bank atas kelewatan Zura. Tuan rumah juga menggugut Zura supaya keluar sahaja dari rumahnya dan mencari rumah lain walaupun Zura mempunyai 2 bulan deposit dengan tuan rumah. Kata Zura, kalaulah dia masih bujang...sat..sat tu.. jugak dia akan berpindah,..tapi Zura dah berkeluarga, kenalah berfikir pasal anak-anak dan barang-barang rumah yang tak cukup satu lori nak mengangkutnya.

Zura dan suaminya menerima saranan suamiku supaya membeli sahaja rumah lelong yang banyak terdapat di Rawang ini. Walaupun jarak ke tempat kerja bertambah jauh, Zura mengatakan tak mengapalah kerana pengorbanan masanya akan berbaloi kerana memikirkan akan memiliki rumah sendiri. Mereka bergegas ke pejabat KWSP untuk menyemak penyata akaun 2 mereka. Alhamdulillah.......Akaun 2 mereka cukup untuk membeli rumah lelong yang ada. Sibuk juga mereka suami isteri mengikhtiarkan duit untuk deposit rumah dan duit peguam ...walaupun rumah lelong bagi mereka yang tidak berapa mampu tuuu....perrrit jugak...

Selepas selesai urusan di pejabat lelong, rumah itu dimiliki juga oleh Zura dan suaminya walaupun terpaksa membayar harga yang lebih tinggi kerana ada pembida yang lain membida untuk rumah tersebut. Mungkin broker bank atau memang pembida lain yang tulin. Itu yang lecehnya atau risikonya bila membeli rumah lelong!

Zurapun pergilah melihat rumah tersebut. Sebetulnya, rumahnya adalah apartmen di tingkat 5 (rampingla...pinggang Zura lepas ni..) Selepas masuk Zura dan suaminya terkejut kerana banyak betul barang-barang tuan rumah yang asal berselerak di dalam rumah tersebut. Bekerja-keraslah mereka berdua mengemas rumah tersebut. Aku bekerja keras juga menolong mereka...tapi bukanlah menolong mengemas rumah tetapi menolong menjaga anak lelaki mereka berumur 3 tahun yang lasak tu....he..he...he... Selepas berkemas dan mahu balik, kebetulan kakak yang merupakan jiran depan apartmen barunya memberikan kunci rumah tersebut, selepas Zura menghabiskan RM40.00 untuk mengupah tukang kunci untuk membuka rumah tersebut. Kakak itu bertanya kepada Zura berapakah harga yang dibayar oleh Zura untuk rumah tersebut? Zurapun secara jujurnya mengatakan rumah itu dibeli dengan harga RM24,000.00 secara tunai dengan wang akaun 2 KWSPnya.

Zura mengatakan , dia melihat muka kakak jiran barunya itu berubah kelat. Kata kakak itu, dia terpaksa membayar wang ansuran rumahnya sebanyak RM485.oo sebulan selama 25 tahun.

'MORAL OF THE STORY' - Zura tidur pada malam itu dengan senyenyak-nyenyaknya kerana dia tidak perlu lagi membayar sewa rumah tiap-tiap bulan dan menghadapi kerenah tuan rumahnya lagi. Tapi malangnya kakak jiran barunya itu pula akan tidur pada malam itu dengan tangan di dahi memikirkan sewa yang harus dibayarnya tiap-tiap bulan selama 25 tahun!!!

p/s Hatiku bukan untuk Dilelong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...