Friday, April 16, 2010

Jiwa Kacau

Setiap hari macam-macam berita yang kita baca. Kes bunuh, pecah rumah, pecah bank, pecah muka, kes ragut, dadah, rogol, sumbang mahram, anak lari dari rumah, bapa lari rumah lain, ibu buang anak, anak buang ibu, cerita-cerita cerai artis dan bermacam-macam lagi cerita yang membuat kita beristigfar bila membacanya. Sampai naik menyampah nak baca suratkhabar atau dengar berita.
Kes-kes ni semua pada pendapat saya disebabkan oleh penyakit jiwa kacau.

Yang lelaki nak jadi perempuan, yang perempuan nak jadi lelaki, yang lelaki terliur kat lelaki, yang perempuan syok kat perempuan. Semua nipun akibat jiwa kacau. Tak rela mak..

Anak-anak bangsa kita, pemuda pemudi harapan bangsa semakin kacau jiwanya. Budak-budak sekarang kalau bercakap, kalau tak mencarut tak sempurna hidupnya. Orang -orang Melayu yang ada hasad dengki, fitnah memfitnah di blog-blog ( dah jadi trend), ahli-ahli mesyuarat tingkap( ingatkan perempuan aje, tapi lelakipun laser jugak) semua nipun jiwa kacau jugak. Ada betul ka adik?

Orang Melayu yang kununnya (kononnya) berbudi bahasa dan bersopan santun spesisnya dah tak ramai dah. Kalau adapun bolehlah dikira dengan mulut. Kalaulah Tun Sri Lanang hidup balik dan lalu di shopping-shopping mall, kalau dia dengar slanga dan lihat gelagat anak-anak bangsa Melayu sekarang dah tentu dia kena sakit jantung sebab terkejut beruk dan mati balik.

Jiwa kacau juga menjadi penyebab masaalah kesihatan seperti susah tidur malam atau imsomnia, obesiti, tekanan darah tinggi, terjun bangunan tinggi, tekanan darah rendah, gangguan jiwa, mental dan sebagainya. Macam doktor pulak.

Sebagai seorang ibu, kacau jiwa saya memikirkan masalah-masalah ni. Maklumlah saya ada tiga anak remaja. Lebih maju dan lebih moden dunia sekarang lebih kacau jiwa manusia di dalamnya.

Jiwa kacau ni semua berpunca dari lemahnya iman umat Islam. Makin lama makin goyah. Solat lima waktu sehari semalam dah tinggal 2 waktu ataupun tak ada waktu langsung. Subuh tak sedar, Zohor tak dan, Asar terlepas, Maghrib tak sempat, Isyak pula tak larat.

Semakin kita maju semakin kita sibuk semakin goyahlah instituisi kekeluargaan, silaturrahim sesama manusia, keluarga , jiran dan sesiapa sahaja di luar sana. Pemimpin tak boleh diharap, ibu bapa tak boleh diharap, cikgu cikgi tak boleh diharap dan kadang-kadang ustadz dan ustazah pun tak boleh diharap apatah lagi anak-anak.

Islam as a way of life tidak dipraktikkan sepenuhnya. Ala-ala kadar saja....suam-suam kuku. Semua tanda-tanda awal dunia nak kiamat dah terbentang depan mata. Sebagai seorang Muslim sama-samalah kita mengambil iktibar, nasihat-menasihati, tegur-menegur diri kita, pemimpin kita, masyarakat kita dan anak-anak kita, Kadang-kadang tu bukan apa mereka cuma nakkan perhatian...

No comments:

Post a Comment

Please leave your footprint here..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...