Monday, January 16, 2012

Terlebih POLITIK Harga Barang Tetap Tidak Terkawal!

Di mana-mana suratkhabar pun, hari-hari kita disogokkan dengan isu Anwar Ibrahim Main #####, Datuk Hassan Ali kena pecat dari Pas, Kes Feedlot Datuk Shahrizat, Kerajaan belanja RM22 juta untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia,  cerita pasal Apek dan bermacam-macam lagi berita lain yang remeh-temeh.

Pada pendapat saya Isu yang MAHA PENTING yang patut dibahaskan dan diberi keutamaan adalah
1. KERUNTUHAN AKHLAK ANAK BANGSA MELAYU
   Terlalu risau, seriau dan ngeri bila memikirkan apatah lagi untuk memperkatakan tentang hal ini dengan melihat dunia yang sebenarnya sekarang dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.

Kalau dari sekarang masalah nak memertabatkan agama Islampun dikucar-kacirkan dengan parti politik yang asyik bertelingkah menegakkan benang basah masing-masing..jadi siapa yang nak jadi hero menyelamatkan anak bangsa kita dari gejala sosial yang terlampau kelucahannya. Setakat nak jadi pemberontak macam Adam Adli tu....hem...Kerja pun tak lagi. Makanpun masih bersuap.

Sebagai ibu bolehlah memberikan nasihat dan membuat pantuan dari rumah. Luar rumah kita cuma boleh berTawakal dan berdoa kepada Allah menjaga keselamatan dan iman anak-anak  remaja kita.

2. HARGA BARANG YANG MELAMBUNG dibandingkan dengan gaji yang ciput.
KENAPA? Apa Masalahnya. Kita bukannya nakkan sangat duit RM500.00 dari kerajaan untuk berbelanja. Orang cakap duit boleh cari. Kita  nak Kerajaan beri keutamaan untuk menyelaraskan Harga Barang! Apa yang susah sangat. Kuasa ada di tangan Kerajaan. Berapa punya besar Putrajaya tu...dengan berbagai-bagai Jabatan.

Kalau negara maju yang lain, contoh jiran terdekat kita Singapura pun boleh selaraskan harga barang kenapa bukan kita. Belum dibandingkan lagi dengan negara Britain atau negara besar lain.

Bukan nak kondem kerajaan tetapi memberi saranan. Kalau nak menang dan mendapat sokongan rakyat pada PRU ke 13 nanti inilah apa yang patut Kerajaan buat tak payah nak sibuk-sibuk dengan penyokong @ pencacai Anwar Ibrahim tu..

Ini harapan rakyat, rakyat Malaysia yang perlu diambil serius bukan sekadar luahan hati seorang surirumah seperti saya dan juga luahan hati surirumah-surirumah yang lain semasa membeli barang dapur di kedai runcit hatta pasaraya sekalipun.


2 comments:

  1. yes!! 100% agree, tak perlu nak buruk kan pembangkang.. rakyat Malaysia boleh fikir sekarang, yang penting nasib rakyat terbela dan harga barang tak naik tinggi.

    ReplyDelete
  2. betul..saranan yang patut diambil, suara dari rakyat ni..

    ReplyDelete

Please leave your footprint here..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...