Tuesday, February 14, 2012

Sejadah Sembahyang...


Baru-baru ni di Kedah kita digemparkan dengan peristiwa sejadah sembahyang, ada yang sujud, ada yang rukuk dan ada yang berdiri  ( tak berjemaah nampaknya). Ada yang mengatakan ada tangan yang membuatnya dan sumber mengatakan itu kekuasaan Allah. Tak kisahla...apa yang penting, kita dituntut menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Nak dijadikan cerita, selepas solat Isyak anakku yang bongsu membega sejadah yang ada di rumah seperti yang kelihatan dalam gambar di suratkhabar. Selepas itu kami keluar, kerana suamiku teringin makan mee goreng mamak di kedai. Kebetulan 2 lagi anak perempuanku duduk di tingkat atas rumah, tak mahu ikut.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba anak perempuanku menelefon dengan suara yang cemas menyuruh kami pulang segera dan terus meletakkan telefon. Kami cemas juga memikirkan apa yang berlaku. Setibanya di rumah mereka kelam-kabut menunjukkan kepada kami sejadah berdiri yang mengadap kiblat. 

Apalagi pecah perutla kami ketawakan mereka........

2 comments:

  1. Huhu...kelakar pulak....pandai betul ur kid buat suspen...hikhik

    ReplyDelete
  2. hehehe pandai budak2 ni.. :)

    ReplyDelete

Please leave your footprint here..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...