Sunday, September 25, 2011

Warning-Untuk Gadis-Gadis

Dalam meniti usia remaja banyak cubaan dan liku-liku hidup yang akan dilalui. Ada yang manis, ada yang masam, ada yang kelat, ada yang payau dan ada yang pahit. Sebagai ibu, kakak juga kawan harap sudilah baca post ini. Zaman ni orang lelaki ramai yang suka mengambil kesempatan dan tak boleh diharap langsung. Sorry to saylah bro.....

Petua yang harus diamalkan oleh anak-anak gadis

1. Jual Mahal (atau jangan jual langsung.....he..he..he...)
 Jangan jual murah apalagi bundle atau free sale atau jadi barang sample. Siapa yang rugi? Orang perempuan jugak. Nanti sibuk pulak nak mengadu kat ruangan kaunseling kat surat khabar. Banyak kita baca kes-kes cinta separuh mati sampai sanggup serahkan jiwa dan raga lepas tu takut nak kahwin, termengandung lepas tu buang baby, bercinta dengan suami orang, kahwin dengan suami orang, ( husband kita cakap perempuan ni buruk perangai.....kalau orang ambik suami dia, dia marah kalau dia ambik suami orang tak apa pulak...) lepas tu ada problem dengan madu pulak.....bukan ke penyakit tu awak yang cari. Hari-hari dah banyak sangat contoh di depan mata atau dalam suratkhabar yang boleh dijadikan ikhtibar (... tak baca suratkhabar kot..sebab baca majalah hiburan aje..)  Macam pepatah orang putih..'look before you jump'..ini tidak dah tau ada longkang besar kat depan matapun nak terjun jugak.

2. Janganlah buat perangai tergedik-gedik.
    Selalunya orang lelaki suka melayan perempuan yang macam ni walaupun sebenarnya diaorang menyampah...ialah bila lagi nak ambik kesempatankan....( sebenarnya perempuanpun tak suka tengok perempuan yang perangai tergedik-gedik ni..)

3. Janganlah mudah cair dengan Ayat-ayat Cinta. Mudah sangat perasan lelaki tu suka kat awak. Diaorang bohong je tu..ialah lidahkan tak ada tulang.Kalau lelaki berhidung belang ni bercakap, gunung pun boleh jadi rata dek kagum dengan ayat-ayat power diorang tu....

4. Yang bertudung untuk menutup aurat. Yang penting sekali maruah kita kena tutup jugak. Jangan buat maksiat dengan buaya friend. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tutup aurat mengikut syariat Islam bukan sekadar berfesyen sahaja. Fesyen sekarang banyak yang tidak mengikut syariat Islam, sendat, ketat, jarang, pendek. Ishhh..ish..pakai tudung tapi sexy dan seksa...

5. Jadi yang terbaikkkk jiwa dan raga. Jaga bahasa dan kelakuan jangan daring sangat. Buruk perangai kalau anak-anak gadis suka mencarut

6. Jangan hipokrit


p/s Kalau ada sister-sister yang nak menambah dan beri komen. Sumbangan kalian amat dialu-alukan. sebagai peringatan kita orang-orang perempuan.

2 comments:

  1. terlalu jual mahal nanti tak ada yg nak beli..:))
    *folo ur blog

    ReplyDelete
  2. ...kena ikut harga pasaranla...he..he..he..

    ReplyDelete

Please leave your footprint here..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...